Apabila saya mula sedar yang menerusi blog, saya boleh hasilkan pendapatan tambahan, maka tak lama lepas tu saya mula develop satu hobi yang baru.

 

Hobi baru yang saya maksudkan adalah buat blog dan jadikan blog tersebut sebagai mesin buat duit. Ibaratnya seperti saya mempunyai vending machine yang boleh diharapkan untuk hasilkan pendapatan secara online.

belajar-jadikan-blog-mesin-buat-duit

Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan

Buat blog ni bukannya susah sangat. Malahan ia sangat sangat senang.

 

Boleh jadi, bahagian yang paling mencabar sekali adalah untuk maintain blog tersebut. Macam saya sendiri, saya ada sasaran tertentu yang perlu dicapai.

 

Bukan setakat kena pastikan blog ada update yang baru. Tetapi pada masa yang sama, saya juga perlu sasarkan supaya blog yang saya tulis itu menjana pendapatan.

 

Kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.

 

Kalau tak berjaya dapat ratus-ratus income, dapat puluh-puluh pun jadilah.

 

Kalau cuma berjaya jana sen-sen sekalipun, saya tak menolak. Saya terima dengan penuh kesyukuran.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras“.

Surah Ibrahim ayat ketujuh.

 

Justeru, marilah kita sama-sama hayati ayat diatas dan sama-samalah kita menjadi insan yang bersyukur atas segala pemberiannya. Wallahu’alam

 

Apapun, buat mereka yang merancang nak belajar buat blog dan jana pendapatan dari blognya, ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan kepada anda.

 

(1) Buat duit dengan blogging ni bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia juga bukannya susah sangat. Tak susah sangat dan tak juga senang sangat. Namun, saya dah buktikan pada pembaca sekalian bahawa ianya boleh dilakukan.

 

(2) Sebelum mula, kena ada reason why yang kuat. Supaya dengan demikian anda tak akan mudah putus asa terutama sekali diperingkat permulaan. Peringkat permulaan ni biasanya memang susah sikit nak konsisten dari income.

 

(3) Cuba follow rapat-rapat blogger lain yang dah berjaya. Belajar seberapa banyak yang boleh dari dia dan kalau mampu cubalah contohi apa yang dia buat.

 

(4) Kena ada strategi. Lain orang lain strategi dan strategi ni adalah something yang sangat halus. Semua yang kita buat akan memberi impak kepada matlamat akhir yang kita nak capai tu.

 

(5) Kena sentiasa belajar. Proses pembelajaran adalah proses berterusan. The moment kau rasa kau dah tau semua, itulah saatnya kau akan jatuh tersungkur.

 

(6) Cuba something new dan sentiasa eksperimen. Sebaik-baiknya, carilah keunikkan dan persembahkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Orang tak suka kalau stereotype. At least saya tak suka sesuatu yang nampak sama je.

 

(7) Kena melabur untuk diri sendiri. Maksudnya kena upgrade ilmu, upgrade blog dan sebagainya. Semua ini perlukan pelaburan. Kena ada modal sikit which is pada saya bukan isu yang besar sangat sebabnya bila kita nak buat duit dalam berblogging, kita boleh asingkan sikit duit untuk invest semula pada perkembangan diri.

 

(8) Meniru dengan cara paling licik dan bijak. Meniru? Itu adalah something yang saya selalu buat. Kalau nak meniru sekalipun, pastikan hasil kerja kita sangat unik dan orang yang kita tiru tu pun tak rasa macam kita tengah tiru dia.

 

(9) Bila nak jadikan blog sebagai mesin buat duit, kena pelbagaikan sumber pendapatan. Jangan hanya bergantung pada satu sumber semata-mata. Kita bukan kerja makan gaji, yang mana kita cuma boleh bekerja dengan satu majikan semata. Bila buat duit dengan blogging ni, kita boleh kerja dengan macam-macam majikan.

 

(10) Syukur, kuatkan semangat, kaji, perbaiki tindakan dan ulang semula proses.

Whatever the outcome, ucapkanlah syukur dan doa semoga Allah akan tambahkan lagi rezeki. Jika tak ada rezeki pada bulan tersebut, kuatkan semangat untuk terus usaha dan kajilah kat mana silapnya.

Jangan pulak kau ulang semula tindakan yang silap sebaliknya perbaiki diri tu. Seterusnya bila dah jumpa formula yang betul-betul sesuai dengan diri, ulanglah ia semula untuk lain-lain projek buat duit pula.

 

Baiklah, terima kasih kerana sudi nak baca ya. Harapan saya, semoga ianya ada manfaat.

 

Kalau anda rasa, skil penulisan anda belum cukup mantap, saya syorkan anda download panduan ini. In Shaa Allah bila dah mahir menulis, akan lebih mudah untuk anda buat duit dengan menulis nanti.