Ini merupakan kali pertama saya update tentang komisen yang saya perolehi dari program pengiklanan Mobicow dalam blog ini.

 

Untuk pengetahuan pembaca dan pelawat sekalian, saya juga menyertai program pengiklanan sebagai langkah untuk buat duit dengan blogging.

 

Bila kita nak buat duit dengan blogging ni, maka salah satu aktiviti wajib yang kita perlu buat ialah dapatkan trafik ataupun pelawat untuk masuk ke laman web kita.

 

Salah satu laman web yang saya miliki, mempunyai bilangan trafik yang agak baik. Jumlahnya boleh mencapai sehingga 2 ribu trafik dalam sehari.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, dari trafik sebanyak ini, bukannya semua akan dapat ditukarkan untuk menjadi seorang pembeli.

 

Ada yang akan terus berlalu pergi dan tak beli apa-apa.

 

Pada saya, ia merupakan satu bentuk kerugian jika tak dimanfaatkan trafik tersebut. Bagi trafik yang masuk ke laman web kita, yang tak berniat langsung nak beli apa-apa, ia boleh dimanfaatkan menerusi program pengiklanan.

 

Manakala salah satu program pengiklanan yang saya sertai, yang boleh dikatakan setiap bulan memberi saya bayaran komisen adalah program pengiklanan Mobicow.

Baca juga: Komisen Mobicow April 2017

cara-duit-dengan-mobicow

Apabila jumlah komisen terkumpul yang berjaya anda hasilkan adalah sebanyak USD5, maka anda akan layak menerima bayaran.

 

Tak susah pun nak buat duit dengan program pengiklanan seperti ini.

 

Anda hanya perlu pasang kod iklan dan seterusnya biarkan sahaja. Secara automatik, sistem ini akan berjalan dengan sendirinya dan anda hanya perlu fokus pada kerja-kerja penulisan dan update blog macam biasa.

 

Bila dah cukup USD5, pihak Mobicow akan buat bayaran.

 

Ini adalah bayaran yang telahpun saya terima.

komisen-mobicow-buat-duit-dengan-mobicow

Jumlah yang saya perolehi adalah sebanyak USD9.58 dan ianya telahpun selamat masuk dalam akaun Paypal saya.

 

Kebiasaannya, saya akan gunakan duit dalam akaun Paypal untuk beli produk-produk dari luar negara, sama ada software, ebook atau apa-apa yang saya rasakan sesuai.

 

Produk-produk ini semua, kemudiannya akan saya gunakan untuk naik taraf blog-blog yang saya miliki.

 

Baiklah, jika anda minat nak join program pengiklanan dari Mobicow ni macam yang saya buat, bolehlah buat pendaftaran disini.

 

 

 

 

Advertisements