Saya akui, bukan mudah untuk buat duit dalam niche pelancongan. Walaupun ada banyak cara dan produk mahupun servis yang boleh dijual atau dipromosikan dalam niche pelancongan seperti ini.

 

Terdapat banyak syarikat dan agensi pelancongan diluar sana yang bersaing untuk buat duit dalam niche ini.

 

Jadi, sejak dari awal-awal lagi, saya tidaklah menaruh harapan yang begitu tinggi dalam niche ini. Lagi satu, saya ni pula mempromosikan sesuatu produk atau servis hanya menggunakan medium blog.

 

Sudah tentu, saya agak ketinggalan berbanding orang lain yang pada saat ini telahpun menggunakan kaedah pengiklanan yang lebih agresif.

 

Walaupun begitu, dari masa ke masa, saya juga akan menulis topik berkaitan pelancongan. Sama ada ianya dari pengalaman saya sendiri, mahupun yang saya perolehi dari pembacaan yang saya lakukan dari mana-mana sumber.

 

Sebagai contoh, dalam salah satu kempen promosi Free Seats Air Asia, saya ada menulis artikel berjudul cara buat tempahan tiket Air Asia yang tak ramai orang tahu ketika server down.

 

Idea untuk tulis artikel tu pulak datang sebab masa tu saya memang tengah frust dengan web Air Asia yang asyik down je. Tiket yang saya dah klik pulak tidak memberikan sebarang respons.

 

Baiklah, jika anda baca artikel tu, anda akan nampak bahawa saya ada selitkan juga link affiliate yang membawa anda ke laman web Airpaz.

tiket-murah-online

Apa benda sebenarnya yang ditawarkan oleh Airpaz ni?

 

Laman web ini akan membandingkan harga tiket penerbangan dari beberapa syarikat penerbangan yang berbeza yang dijadualkan melakukan penerbangan pada hari yang sama.

 

Sebagai contoh, anda mencari tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi.

 

Dengan menggunakan khidmat dari Airpaz ini, anda akan ketahui,

  1. Apakah syarikat penerbangan yang menawarkan khidmat penerbangan ke destinasi pilihan anda.
  2. Syarikat penerbangan mana satu yang menawarkan harga paling murah.

 

Ya, laman web Airpaz akan membuat perbandingan harga untuk anda, tanpa memerlukan anda untuk buka laman web syarikat penerbangan berbeza dalam satu-satu masa.

 

Baiklah. Daripada beberapa usaha promosi yang saya lakukan, saya telahpun berjaya dapat komisen. Alhamdulillah.

 

Ini dia komisen yang telah saya terima sebelum ini.

komisen-dari-airpaz

Komisen yang diperolehi adalah berjumlah RM2.14 atau bersamaan dengan 1% daripada nilai keseluruhan jualan yang terhasil.

 

Memang tak banyak. Sebab cuma dapat satu sale sahaja.

 

Mungkin satu hari nanti, apabila saya dapat buat sale untuk satu penerbangan, maka masa tu barulah komisen yang diterima tu akan nampak besar.

 

Apapun, jika anda tak pernah lagi guna laman web Airpaz, bolehlah klik sini.

Ataupun, jika anda nak belajar trik buat duit dengan menulis blog dengan lebih mendalam, boleh muat turun panduan ini.

 

 

Advertisements