Alhamdulillah, tahun 2017 ni, saya telah pun sertai 3 buah kontes SEO.

 

Dari tiga kontes SEO tu, dua kontes saya berjaya menang hadiah, manakala kontes yang ketiga tu masih lagi berjalan.

 

Tarikh tutup kontes tu pun jatuh pada bulan September yang saya sendiri tak berapa ingat, berapa haribulan. Sekarang ni saya dalam fasa berusaha sehabis baik untuk ranking laman web saya bagi kata kunci Rose Face Serum Zeeta.

produk-rose-face-serum-zeeta

Apa benda Rose Face Serum Zeeta dan kenapa saya cerita pasal Rose Face Serum pulak ni?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kontes SEO yang sedang berjalan sekarang ni adalah kontes berkaitan dengan serum mawar ni.

 

Ya, saya juga sertai kontes SEO ini, walaupun pada hakikatnya, saya langsung tak berapa tahu sangat pasal produk ni.

 

Tapi bila dah masuk kontes ni, hari-hari juga saya baca pasal produk ni, jadinya sekarang ni saya mula ada serba sedikit pengetahuan mengenai produk ni.

 

Rupa-rupanya, produk berasaskan bunga mawar ni memang popular dan memang ada kajian tentang bunga mawar beserta khasiatnya untuk mencantikkan kulit wajah supaya lebih berseri.

 

Rose Face Serum Zeeta ni, pada awal-awal dulu diperkenalkan sebagai produk anti-aging… atau dalam bahasa melayunya, anti penuaan.

rose-face-serum-zeeta-serum-mawar

Namun, apabila produk ini melalui proses penjenamaan semula, dan dinaik tarafkan, ia kini lebih popular untuk tujuan menghilangkan jerawat, jeragat dan juga kesan parut jerawat.

 

Kenapa saya kongsikan pasal kontes SEO Rose Face Serum Zeeta dalam blog ni?

Apabila saya melihat artikel terdahulu, yang saya siarkan dalam blog ini, most of the time saya cerita tentang pengalaman saya buat duit dengan program affiliate sahaja.

 

Walhal, untuk buat duit dengan blogging ni sebenarnya ada pelbagai cara.

 

Saya juga secara peribadi tidaklah hanya fokus pada satu cara semata-mata. Mana yang boleh buat duit, dan yang mana pada anggapan saya tidak begitu susah, yang itulah yang saya cuba.

 

Saya juga buat duit dengan menyertai program pengiklanan, menjual produk informasi saya sendiri menerusi blog, menawarkan servis penulisan artikel advertorial, dan sesekali jika ada peluang saya juga akan turut serta dalam kontes-kontes yang dianjurkan oleh syarikat tertentu ataupun orang perseorangan.

 

Join je kontes tu. Menang tak menang, belakang cerita.

 

Setidak-tidaknya, dapat juga pengalaman dan dapat belajar ilmu SEO yang baru.

 

Saya juga ada buat update setiap hari, kedudukan terkini bagi keyword yang disasarkan tu. Boleh baca di – Update kedudukan kontes SEO Rose Face Serum Zeeta di Google – 27 Aug 2017

 

Dalam kontes seperti ini, anything can happen. Sure… those yang mula awal memang ada lebih banyak benefit, namun dalam kontes seperti ini, tak mustahil untuk pesaing kita memotong di saat-saat akhir.

 

Advertisements