Buat Duit Blogging

Ini dia cara bagaimana buat duit dengan menulis blog!

About

Adakah anda memerlukan pendapatan tambahan dan mahukan cara yang TERBUKTI berkesan mampu untuk membantu anda mendapatkan pendapatan di internet?

 

Sila tumpukan perhatian dengan apa yang saya kongsikan dalam blog ini. Saya jamin, jika anda tumpukan perhatian dan sanggup lakukan sama seperti yang saya sedang lakukan sekarang ini, anda juga boleh jana pendapatan secara online.

 

Saya telah temui formula yang terbukti berkesan untuk diri saya. Formula ini telahpun saya gunakan sejak bertahun-tahun dulu. Dari dulu sampai sekarang, formula ini tidak mengecewakan saya, malahan dari formula ini juga, saya berjaya jana pendapatan di internet.

 

Setelah sekian lama, akhirnya saya merasakan dah sampai masanya untuk saya kongsikan teknik yang saya gunakan ini kepada lebih ramai lagi.

 

Cara saya buat duit tidaklah begitu susah.

buat-duit-dengan-blog-dalam-matawang-dollar

Bukan satu benda baru, bukan benda misteri apatah lagi perkara yang mistik. Ini adalah teknik klasik yang semakin hari makin ditinggalkan.

 

Teknik yang saya gunakan untuk buat duit di internet adalah dengan cara blogging.

 

Maka akhirnya, saya persembahkan kepada anda, jurnal yang diharapkan dapat memberi inspirasi kepada para pembaca sekalian, dan seterusnya bertindak untuk sama-sama saya, kita cari rezeki yang halal di internet dengan cara menulis blog atau lebih popular dengan istilah “blogging“.

 

Untuk mereka yang belum ada blog, tunggu apa lagi? Segera daftarkan laman blog anda sekarang.

 

Jika anda ingin serius dalam bidang penulisan blog, saya syorkan anda dapatkan blog yang menggunakan nama domain dan juga hosting anda sendiri.

Baca juga:

(1) Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem wordpress?

(2) Panduan pemasangan blog wordpress Self-Hosted

Atau jika hanya ingin mencuba-cuba, boleh dapatkan blog pertama anda menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak blogspot.com mahupun wordpress.com

 

Tak kisahlah mana satu pilihan anda. Apa yang penting, anda berusaha dan lakukan sesuatu. Jika anda berani jamin, bahawa kehidupan anda akan jadi lagi baik selepas ini, maka anda tak perlu susah payah nak buat seperti apa yang saya buat sekarang.

 

Sebaliknya, jika anda rasakan, pendapatan anda tak akan bertambah bagi tempoh setahun atau dua tahun ini, maka anda perlu lakukan sesuatu! Bertindaklah. Ikhtiarkan sesuatu.

 

Ikut saya.

 

Saya buat duit dengan blog. Saya percaya sesiapa sahaja boleh buat duit dengan blog. Asalkan ada minat dan keazaman yang tinggi.

 

Benda ni kena buat selalu. Setiap hari kena update blog. Kalau setiap hari anda sanggup update Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, yang belum tentu boleh beri anda duit, kenapa tidak anda gunakan sedikit sahaja waktu itu untuk buat duit dengan blog?

 

Langkah dan cara kerjanya adalah lebih kurang sama sahaja.

 

Tetapi percayalah, apabila anda dah nampak RM1 yang pertama masuk ke akaun anda, anda pasti akan tersenyum gembira!

 

Anda rasa seperti tak ada motivasi untuk buat blog dan jana pendapatan dari blog tersebut? Bacalah blog ini.

 

Mudah-mudahan ada antara artikel dalam blog ini dapat anda jadikan motivasi dan inspirasi untuk buat duit dengan blog!

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga akan berjaya. Saya doakan anda akan jadi lebih berjaya berbanding saya.

 

Sabree Hussin
https://www.sabreehussin.com
https://sabreehussin.biz

 

 

Advertisements